Satu lagi contoh lembaran kerja yang boleh diberikan sebagai pengukuhan bagi pembelajran dan pengajaran alat-alat perkusi. Guru boleh menulis pilihan jawapan di papan putih ataupun membiarkan murid mencari sendiri jawapan dan kemudian berbincang. Ia juga boleh diwarnakan mengikut warna alat-alat perkusi tersebut.
Sunday, 16 December 2012
Wednesday, 7 November 2012
Contoh Lembaran Kerja
Sunday, 4 November 2012
Contoh Rancangan Pelajaran Harian
Contoh Rancangan Pelajaran Harian dari Panduan Pengajaran Muzik Tahun 3 (KSSR). Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.
Friday, 2 November 2012
Cara Memainkan Perkusi
Cara memainkan alat perkusi kastanet, kerincing, loceng dan marakas dengan betul.
Friday, 19 October 2012
Alat Perkusi
Ini adalah diantara alat-alat perkusi yang boleh dijadikan iringan lagu. Banyak lagi alat-alat perkusi seperti woodblock, hand cymbal, bar chime dan lain-lain. Kastanet, loceng, tamborin dan kerincing adalah alat perkusi yang selalu digunakan sebagai asas untuk permainan alat-alat yang lain.
Wednesday, 17 October 2012
Monday, 15 October 2012
Al Farabi Tokoh Muzik Islam
Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4 Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan. Al-Farabi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).
Sejarah telah membuktikan, islam juga mempunyai tokoh muzik yang hebat sebagai rujukan terbaik dalam memberi dan menerima hiburan yang sederhana.
Saturday, 13 October 2012
KSSR Dunia Muzik Tahun 3
Saya hanya sempat mengikuti sehari kursus KSSR Dunia Muzik Tahun 3 2012 di SMK Air Kuning, Kampar, Perak untuk guru-guru muzik Daerah Batang Padang. Sedikit sebanyak saya tahu juga tentang KSSR Dunia Muzik Tahun 3 dan bagaimana melaksanakan PBS untuk matapelajaran Dunia Muzik.
Walaupun video youtube ini bukanlah video kursus yang saya hadiri, tetapi pengisiannya sama iaitu bagaimana untuk meletakkan murid di band yang tertentu dalam PBS. Cikgu Mohd Mazlan Harun Jurulatih Kebangsaan Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menerangkan dengan jelas contoh yang boleh guru muzik jadikan panduan.
Walaupun video youtube ini bukanlah video kursus yang saya hadiri, tetapi pengisiannya sama iaitu bagaimana untuk meletakkan murid di band yang tertentu dalam PBS. Cikgu Mohd Mazlan Harun Jurulatih Kebangsaan Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menerangkan dengan jelas contoh yang boleh guru muzik jadikan panduan.
Monday, 24 September 2012
Selamat Datang Ke Blog Saya
Ini adalah post pertama dalam blog saya. Semoga blog ini akan dapat menjadi tempat untuk rakan-rakan lain berkongsi ilmu dalam apa juga bidang.
Blog ini juga adalah satu tugasan untuk subjek KPT3013 bagi Kohot 3 PJJ-UPSI kumpulan EL-A03.
Blog ini juga adalah satu tugasan untuk subjek KPT3013 bagi Kohot 3 PJJ-UPSI kumpulan EL-A03.
Subscribe to:
Posts (Atom)